Ok... ini adalah sharing from my recent trip to Seoul baru2 ni. As we know Korea antara negara 4 musim dan antara bulan December to Feb or March tu adalah winter atau musim sejuk. Saya kongsikan serba sedikit tentang bajet dan itenary dari trip ni dan because of in this trip saya bawak mak jadi my budget was not on backpackers budget but still for the entrance fee, dan tambang2 subway or bus adalah sama saja sama ada backpack atau bukan. Ok, refer dulu my budget list di bawah.
Ok, flight tiket saya beli lebih kurang 2 bulan setengah sebelom trip dan price Mas masa tu adalah rm1109/person return for economy promo dan 3 ribu something rasanya untuk return business class promo. As usual, grab saja ekonomi promo then kalau interested for upgrade request sahaja for upgrading melalui MH Upgrade sebab lebih jimat dari beli terus business class promo tu. Result upgrade kita akan tau 48 hours before flight date sama ada aprove atau tidak. Ya lah, dh nama pun bayar lebih murah kan jadi airlines akan tunggu sampai 48 jam sebelum flight date tu kalau ada kosong lagi tiket business class tu then baru depa aprove request upgrade. Ok, untuk tiket saya ni request upgrade saya perlu tambah bayar rm375 untuk satu hala dan rm750 untuk return. 48 jam sebelum flight Mas hantaq emel bagitau upgrade aprove so yeayyy naik business class dengan harga total rm1109+rm750 = rm1859 sahaja instead of beli terus tiket business masa promo rm3000++ kan. Ok pasal flight tiket pun dah panjang berjela 😂😂.. Next.
Ok, selepas 6 jam lebih perjalanan KL-ICN dan akhirnya alhamdulillah mendarat dengan selamat di Incheon International Airport lebih kurang pukol 6.30am dengan suhu minus 6 degree. Dah lepas segala kastam dan imigresen, keluar dari arrival hall tu saya terus pi ke kaunter yg jual tiket limousin express bus untuk beli tiket ke cheongnyangni. Kaunter ni dekat2 pintu 10 kalau x silap (ingat2 lupa pintu berapa). Harga tiket adalah ₩10000 untuk sorang dan masa saya tukaq duit rate saya dapat adalah 3.75 makanya dalam ringgit adalah rm37.50 untuk bus ICN airport-cheongnyangni. Bagitau saja kt driver bus tu nak ke cheongnyangni dan mintak dia alert bila dh sampai pun boleh. Perjalanan dalam 1 jam 40 minit lebih kurang.
Ok... sampai di Cheongnyangni bus station, terus saya nampak kt sebelah kanan ada Lotte Plaza (shopping mall) dan ITX Cheongnyangni station (train yg akan kita naik nak ke Nami Island) dan jugak subway station cheongnyangni pun betul2 kt station bus tu jadi in term of public transport, cheongnyangni area memang recomended sebab segala jenis public transport ada di sini. Ok, pandang ke depan pulak terus ternampak bangunan tinggi warna putih tulis The Designer Hotel. Yeayyy....hotel pun depan mata saja dan dekat dengan segala station. So, tarik beg pi tinggal dulu kt hotel sementara nak tunggu waktu check in pukol 3pm then keluar semula pusing2 dengan mak kt kedai2 di situ dengan pi kt dongdaemun kat bazar kasut yg banyak2 tu sekejap. Pukol 12 tgah hari balik semula ke hotel dia kata bilik dah kosong dah boleh check in. So, tu saja yg saya buat on first day sampai.
Ok... second day trip saya ke mount seorak and
Contoh subway map dan route. Sila study dan fahamkan route anda mengikut warna dan jenis subway. Hehehe
Ok...ni cara nak ke Seorak Mountain.
Haaa.... sekian saja bajet dan itenari serba ringkas yg boleh saya kongsikan untuk sama2 buat rujukan. Akhir kata, pada sesiapa yg bakal travel x kisahlah jauh atau dekat im wishing u happy travelling dan di mana sekalipun atau sejauh mana sekalipun kita pergi, jangan lupa diri jangan lupa jati diri...hehehehe...kalau ada rezeki lagi untuk pi next trip insyaallah saya kongsi lagi bajet dan itenari dan kalau nak cepat selalunya boleh tengok saya kongsi di facebook saya dulu - Zura Fazura



























